Wednesday

PERANCANGAN SYARIKAT


Walaupun dengan kapasiti yang minimum, pelanggan tetap menjadi keutamaan kami. Kami tetap mengutamakan mutu cucian yang berkualiti mengikut piawaian / standard yang telah kami pelajari melalui pengalaman termasuklah kursus pendobian yang telah kami sertai.

Naufal Creative juga telah menjalinkan usahasama dengan 'syarikat' perkhidmatan dobi yang lain sebagai usaha untuk mewujudkan rangkaian perkhidmatan yang lebih meluas dalam industri ini. Dengan perkongsian ini, istilah persaingan dikalangan pengusaha dobi tidak wujud malah rezeki yang diperolehi dapat dinikmati dan dikongsi bersama.

~keperluan masyarakat terhadap perkhidmatan dobi semakin meningkat dari hari ke hari~


DAFTAR SYARIKAT

Nama Syarikat : NAUFAL CREATIVE
No Pendafataran Perniagaan : KT 0272923-U
Bentuk Perniagaan : Enterprise
Nama Pemilik : Siti Mariam Binti Husein @ Muhamad


(klik pada gambar utk besarkan)


NAUFAL CREATIVE ENTERPRISE


Perkhidmatan Dobi & Perkhidmatan Photostat menjadi teras perniagaan yang diusahakan oleh Naufal Creative Enterprise, ditubuhkan pada 8hb Mac 2010 adalah milik Bumiputera sepenuhnya dan beroperasi di alamat PT 170,Taman Seri Tambahan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Di usahakan oleh sepasang suami isteri yang berminat menceburkan diri dalam bidang perniagaan walaupun secara kecil-kecilan, dengan harapan perniagaan ini akan berkembang, mendapat keberkatan seterusnya menjadi sumber pendapatan utama keluarga di masa hadapan dengan izin Allah S.W.T.

Perniagaan ini dijalankan/beroperasi hanya dirumah sebagai alternatif yang ekonomikal, dan tumpuan sepenuhnya terhadap keluarga dan perniagaan adalah seimbang. Insyallah, dengan pengalaman yang ada dalam bidang pendobian industri, Naufal Creative Enterprise berharap agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik serta kepuasan kepada para pelanggan kami.


PETA LOKASI NAUFAL CREATIVE